Saturday, September 11, 2010

petua ?


Wajah cantik dan bersih

Bersihkan wajah. Ambil sepotong limau nipis , tuangkan susu pekat di atasnya dan disapukan pada keseluruhan wajah. Biarkan beberapa minit kemudian bilas dengan air bersih. Anda juga boleh mengamalkan menggosok ketul ais di wajah untuk menegangkannya. Elok dilakukan selepas menyapu susu. Amalkan sebelum tidur tanpa perlu menggunakan krim malam untuk kebersanannya,selamat mencuba !.

Bunga raya hilangkan mekap

Selain menggunakan bahan2 yang telah sedia ada di pasaran, kaum wanita yang sememangnya sinonim dengan hiasan wajah ataupun solekan juga boleh mencuba pelbagai bahan semula jadi sebagai alternatif untuk menghilangkan mekap di wajah. Bahan pembersih mekap daripada larutan bunga raya amat berkesan untuk tujuan ini. Rendam 100 gram bunga raya dalam 1 liter air mendidih selama 15 minit kemudiannya ditapis, ketika sejuk sapukan di wajah dengan menggunakan kapas muka. Kulit wajah anda akan kelihatan bersih berseri. Selamat mencuba!

Terkena minyak panas dan air panas

Ubat gigi lazimnya digunakan untuk memberus gigi. Sebenarnya ubat gigi boleh digunakan untuk mengubati tangan yang panas atau terkena panas. Caranya ambil ubat gigi dan sapu tempat yang terkena tadi, insya allahkesakitan akan berkurangan.

Atasi kulit kaki kasar

Kaki direndam di dalam air suam yang berisi asam gelugur 1-2 keping selama 10-15 minit. Semetara itu, gosokkan asam gelugur tadi pada kulit kaki secara bergilir2 dan lebihkan pada bahagian tumit kaki. Selepas itu keringkan kaki anda dan sapukan losen untuk lebih baik. Amalkan petua ini 2-3 kali seminggu.

Kuku panjang dan sihat

Ambil halia, buang kulitnya. Kemudian bilas dan gosokkan pada kuku anda lalu biarkan selama 5 minit barulah dicuci. Amalkan dalam masa 1 minggu. Insya allah anda akan mendapat hasil yang memuaskan.

Atasi lemah2 badan

Ambil 3 biji limau purut,ramaskan pada sebaldi air sejuk. Mandi pada waktu subuh dengan membaca 7 kali selawat nabi. Lakukan cara ini sebanyak 3 kali pagi. Selamat mencuba.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails